Belajar Mengaji Al-Quran Untuk Dewasa
Lebih 7,438 Orang Yang Buta Huruf Quran Telah Mampu Membaca Dengan Baik!
Adakah anda rasa sudah terlambat untuk belajar mengaji?
Kami di sini percaya bahawa setiap langkah yang anda ambil untuk belajar Al-Quran adalah satu rahmat besar.
Tak kira sama ada anda baru nak mula atau ingin memperbaiki bacaan, kami ada kelas yang sesuai untuk anda.
Assalammulaikum,
Saya Syukur Sapuan atau dikenali sebagai "Ustaz Syukur".
Saya membantu mereka yang tidak kenal huruf dan tidak mampu membaca Quran sejak 2015 lagi.
Alhamdulillah sudah lebih 7,438 orang dibantu melalui pelbagai cara termasuk seminar, kit belajar Quran, Kelas Bimbingan Individu (KBI) dan Kelas Bimbingan Online (KBO)
Kenapa Pilih Kami?
#1 Senang faham
Sistem pengajaran yang dijalankan dalam KBI tidak sama dengan kelas-kelas konvesional yang ada.
Anda tak perlu nak hafal nama-nama tajwid yang sukar.
Anda tak lagi berbelit-belit lidah nak sebut huruf yang susah sebab kami ada teknik yang lebih mudah dan menyeronokkan.
Kami faham keperluan peserta dewasa berbeza dengan keperluan pelajar kanak-kanak atau remaja.
KBI menggunakan sistem pembelajaran yang telah disusun dengan teliti dan sesuai dengan keperluan pelajar-pelajar dewasa.
#2 Rekod pembelajaran yang sistematik
Celik Quran tidak sama dengan pembelajaran Quran konvesional. Di sini, prestasi dan rekod anda disimpan dengan sistematik.
Setiap pelajar yang daftar masuk, akan ada fail rekod pembelajaran. Dalam fail ini dinyatakan masalah yang dihadapi sebelum ni dan cadangan penyelesaian.
Rekod perkembangan yang lengkap membolehkan mana-mana guru yang telah dilantik terus sambung mengajar tanpa perlu mengulang semula.
Ia disimpan dan direkod dengan sistematik supaya mudah untuk diambil dan dirujuk bila diperlukan.
#3 Masa dan pembelajaran yang fleksible
Boleh belajar ikut kesesuaian masa sendiri.
Jadual telah disediakan dan anda boleh tetapkan masa mengikut jadual tersebut sama ada "weekday" atau "weekend", pagi, petang atau malam mengikut kekosongan yang ada.
Pelajaran juga adalah mengikut tahap pemahanan dan kemahiran anda supaya anda lebih cepat faham.
Jika anda dah pandai yang basic maka anda akan diajar yang lebih advance. Jika anda masih lemah yang basic maka pembelajaran akan dimulakan dengan pelajaran yang basic.
Pembelajaran memang mengikut keperluan perseorangan dan bukannya secara purata.
Ini membolehkan guru memberikan bimbingan khusus mengikut keperluan setiap pelajar yang berbeza.
Apa Kata Pelajar Kami?
"Arwah mak meninggal tapi tak mampu nak baca doa, hanya miming je. Sedih dan malu saya rasakan. Terasa diri macam anak tak guna. Alhamdulillah sekarang dah mampu baca doa dalam bahasa Quran"
- Encik A, Kajang
"Sebelum ini saya pernah pergi Mekah untuk tunaikan umrah. Tapi saya sangat sedih sebab tak dapat baca quran, hanya mampu peluk dan titiskan air mata. Tak dapat nak bayangkan perasaan saya masa tu. Mujur ada Kelas Bimbingan Individu ustaz Syukur. Dapat saya belajar dengan pantas dan sangat mudah difahami"
- Puan S, Bangi
"Sebelum ini saya dah habis banyak duit belajar ngaji tapi masih belum pandai. Macam mana saya masuk macam tu la keluar. Sebabnya, banyak istilah yang saya tak faham dan cara mengajar pula sukar diikuti. Tapi dengan KBI ini, satu sesi sahaja pun saya dah belajar banyak perkara."
- Puan K, Putrajaya
"Saya pernah beli quran digital kononnya untuk belajar mengaji. Ingatkan cara tu boleh bantu. Tapi blur dan keliru sebab tidak ada panduan yang berkesan. Alhamdulillah setelah belajar di KBI barulah saya betul-betul dapat menguasai bacaan Quran yang baik."
- Cikgu H, Subang Jaya
"Sebelum ni saya selalu belajar masjid surau. Tapi saya rasa sangat malu sebab orang lain dah maju tapi saya tak sebab takde basic. Dalam surau pun saya duduk jauh sebab takut ditanya. Alhamdulillah dengan KBI ni tak perlu rasa malu sebab pengajarnya mesra dan pandai mengajar. Mereka tak pakai istilah yang susah-susah tapi kita faham tajwid dan boleh baca."
- Leftenan S, Sungai Besi
"Saya dan banyak kali cuba belajar sendiri kat youtube tapi hasilnya memang mengecewakan. Teringin sangat nak pandai baca Quran ni. Syukurlah dipertemukan dengan KBI ni. Saya lebih cepat faham dan dapat mengusai tajwid dengan baik."
- Cik B, Ampang
"Umur dah tak panjang. Apalah bekalan nak bawa. Saya dah takde apa yang nak dikejar. Hanya nak pandai baca Quran sahaja sebagai bekalan. Kalau saya mati tapi tak reti ngaji macam mana nak ngadap tuhan. Mujur KBI ini telah bantu saya atasi masalah ini. Sekarang dah boleh baca Quran dan doa dalam bahasa Arab."
- Puan L, Nilai
"Saya risau sebab tak lama lagi nak pergi umrah & haji tapi masih tak mampu baca Quran. Nasib berjumpa dengan KBI ini. Dalam 1 sesi sahaja pun dah mampu mengenal huruf-huruf yang saya rasa susah sebelum ini."
- Dr I, Bangi
Cara Pembelajaran Yang Mudah
Sesi "One To One"
Anda boleh pilih kelas secara individu untuk lebih fokus dan bimbingan peribadi.
Jadual Fleksibel
Kami faham kesibukan harian, jadi kami tawarkan waktu kelas yang fleksibel mengikut masa anda.
Modul Jelas
Bermula dari mengenal huruf hingga mahir bacaan tajwid, semuanya ada dalam modul kami yang berstruktur.
Kami Menekankan Kualiti, Bukan Kuantiti Semata-mata
Dengan pengalaman bertahun-tahun, kami percaya kualiti pengajaran adalah kunci kepada pemahaman Al-Quran yang lebih mendalam. Anda tidak hanya akan belajar membaca, tetapi juga memahami tajwid dan maksud bacaan.
Sesi Taklumat Percuma – Daftar Sekarang!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?
Mari sertai kami untuk sesi taklimat percuma dan dapatkan maklumat penuh mengenai kelas kami.
Tiada komitmen awal, hanya ambil masa anda untuk lihat sama ada ini yang anda cari.
Klik butang Whatsapp di bawah sekarang -->
Whatsapp "Taklimat Percuma Celik Quran"
Jumpa di sana!